Sumber pemakanan Vitamin_C

Sumber tumbuhan

Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]

Jadual dibawah secara menunjukkan anggaran kadar Vitamin C di dalam sumber tumbuhan mentah.[4][5][6] Jumlah anggaran Vitamin C yang diberikan adalah dalam bentuk milligram dalam setiap 100 gram sampel tumbuhan yang ditimbang:

Sumber haiwan

Hampir semua haiwan, termasuk kambing, menghasilkan vitamin C sendiri. Kambing dewasa yang beratnya kira-kira 70 kg, boleh menghasilkan lebih 13,000 mg vitamin C sehari dalam keadaan kesihatan normal, tetapi meningkat berkali ganda apabila berdepan dengan tekanan.[7][8]

Kebanyakan spesies haiwan dan tumbuhan mampu menghasilkan vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C. Walau bagaimanapun manusia, primat, tikus belanda dan kelawar tidak dapat menghasilkan Vitamin C secara semulajadi kerana mutasi yang berlaku pada gen GULO (gulonolaktona oksidase) dalam sistem badan mereka mengakibatkan ketidakmampuan tubuh mereka menghasilkan protein. GULO normal adalah enzim yang menjadi pemangkin kepada tindak balas D-glucuronolactone dengan oksigen terhadap L-xylo-hex-3-gulonolactone. Tindak balas spontan ini sekaligus menghasilkan Asid Askorbik semulajadi (Vitamin C). Walau bagaimanapun tanpa enzim GULO, tiada vitamin C dapat dihasilkan.

Terdapat pro dan kontra dalam kemampuan penghasilan asid askorbik semulajadi dalam tubuh haiwan. Ketidakmampuan penghasilan Vitamin C oleh tubuh manusia tidak melanggar faktor pemilihan semulajadi atau natural selection, oleh itu kita boleh mengambil lebih banyak Vitamin C dalam diet. Terdapat juga beberapa pandangan bahawa organisma tanpa fungsi gen GULO mampu "mengitar semula" Vitamin C yang mereka perolehi dari diet menggunakan sel darah merah mereka.[9]

Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia Barat, produk haiwan tidaklah lagi merupakan sumber vitamin yang terpenting. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[10]

Terdapat kajian 2008 yang mendakwa kejayaan menghasilkan Vitamin C dalam tikus.[11]

Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.

Jadual yang berikut menunjukkan kandungan relatif vitamin C dalam pelbagai jenis makanan berasaskan haiwan yang diberikan dalam milligram jumlah vitamin C dalam setiap 100 gram sampel makanan:

Sumber haiwanJumlah
(mg / 100g)
Hati anak lembu (mentah)36
Hati Lembu (mentah)31
Tiram (mentah)30
Telur ikan kod (goreng)26
Hati Babi (mentah)23
Otak kambing (rebus)17
Hati Ayam (goreng)13
Sumber haiwanJumlah
(mg / 100g)
Hati anak biri-biri (goreng)12
Kelenjar adrenal anak lembu (mentah)11[12]
jantung anak biri-biri (panggang)11
Lidah anak biri-biri (stu)6
Susu ibu (segar)4
Susu kambing (segar)2
Susu unta (segar)5[13]
Susu lembu (segar)2

Penyediaan makanan

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Ketepuan vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya,[14] jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.[15] Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkinkan penguraian.[16]

Vitamin C juga boleh hilang apabila ia melarut dalam air masakan yang kemudiannya dibuang begitu sahaja tanpa pengunaan yang berterusan. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama. Kajian menunjukkan bahawa brokoli mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding sayur-sayur lain.[17] Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari.[18]

Vitamin C sebagai makanan tambahan

Vitamin C banyak diambil oleh pengguna sebagai makanan tambahan[19] yang boleh diperolehi dalam bentuk kaplet, tablet, kapsul, paket pra-campuran minuman, rumusan multi-vitamin, rumusan antioksidan berganda serta serbuk hablur. Versi keluaran bermasa juga turut disediakan, seperti rumusan berbioflavonoid seperti kuersetin, hesperidin dan rutin. Saiz tablet dan kapsul biasanya berukuran dari 25 mg hingga 1500 mg. Vitamin C (Asid Askorbik) kristal biasanya terdapat dalam sediaan botol yang mengandungi 300 g hingga 1 kg serbuk (satu camca vitamin C kristal bersamaan 5,000 mg).

Sintesis industri

Vitamin C dihasilkan dari glukosa melalui dua kaedah utama. Kaedah pertama adalah Proses Reichstein yang dibangunkan pada 1930-an di mana proses pra-penapaian digunakan sekali diikuti oleh kaedah berkimia semata-mata. Kaedah kedua adalah proses penapaian moden dua langkah yang dibangunkan di China pada 1960-an; di mana penapaian tambahan digunakan sebagai ganti kepada peringkat kimia selanjutnya. Kedua-dua proses menghasilkan kira-kira 60% vitamin C dari suapan glukosa.[20]

Pengeluaran vitamin C sintesis sedunia kini dianggarkan pada 110,000 ton setahun. Antara pengeluar utamanya termasuk BASF/Takeda, DSM, Merck dan China Pharmaceutical Group Ltd. China semakin menjadi pembekal utama dunia kerana harganya juah lebih rendah daripada pengeluar AS dan Eropah.[21] Pada tahun 2008, hanya kilang DSM di Scotland yang masih beroperasi di luar persaingan harga yang sengit dari China.[22] Harga vitamin C sedunia naik mendadak pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga makanan asas serta jangkaan penutupan dua kilang China di Shijiazhuang dekat Beijing sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik di Beijing.[23]

Penguatan vitamin

Health Canada menilai kesan penguatan makanan berabsorbat dalam dokumen panduan, "Addition of Vitamins and Minerals to Food" (Penambahan Vitamin dan Zat Galian dalam Makanan), 2005.[24] Health Canada mengkategorikan abskorbat sebagai ‘nutrien Risiko Kategori A’, yakni nutrien ini ditetapkan had maksimum pengambilannya tetapi membenarkan batas pengambilan yang luas walaupun batas keselamatannya sempit, tetapi kesan buruk kritikalnya tidak serius. Health Canada mengesyorkan bahawa makanan mengandungi minimum 3 mg atau 5% RDI boleh dianggap sebagai sumber Vitamin C, serta penguatan maksimum 12 mg (20% RDI) untuk diakui sebagai "sumber yang terbaik."[24]

Rujukan

WikiPedia: Vitamin_C http://www.hc-sc.gc.ca/fn-an/nutrition/vitamin/for... http://redpoll.pharmacy.ualberta.ca/drugbank/cgi-b... http://www.acu-cell.com/vitc.html http://www.flex-news-food.com/pages/17441/China/Vi... http://www.healthyeatingclub.com/info/books-phds/b... http://www.naturalhub.com/natural_food_guide_fruit... http://www.nutraingredients.com/news/ng.asp?n=6334... http://www.nutraingredients.com/news/ng.asp?n=8616... http://www.nutritionj.com/content/2/1/7 http://www.saanendoah.com/compare.html